Sunday, August 30, 2009

~SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN~


“Merdeka! Merdeka! Merdeka!”, aku baru sahaja mendengar laungan kemerdekaan pada detik 12 malam tadi. Seraya itu aku sambut dengan rasa kesyukuran dimana kita masih berada dalam negara yang merdeka. Ini juga bermakna negara telah masuk hari kemerdekaan yang menjadi sejarah sejak 52 tahun dahulu. Tapi aku sambut dalam bilik ja ngan laily kazen aku. so xtau apa yg jd kat luar. ada ka upacara kembang api bulan2 puasa nih?

semoga kita semua dapat menikmati kemerdekaan negara selama-lamanya. Negara memang sudah merdeka dan termaktub perjanjian antara wakil negara terawal dengan wakil dari pihak british tatkala bendera Malayan Union diturunkan dari berkibarnya di tanah air kita.

Negara dah merdeka! Bagaimana pula dengan rakyat jelata yang tinggal di negara yang merdeka ini? Adakah mereka juga turut merdeka?

Perkara inilah yang menjadi persoalannya. Bagi aku semakin banyak kelemahan dan keburukan yang nyata kita boleh lihat pada masa kini. Bermacam-macam gejala, bermacam-macam trajedi, bermacam-macam peristiwa, bermacam-macam propaganda dan bermacam-macam lagi (boleh guna ker ayat ni!? huhu). xpyah cakap org lain la, aku rsa fikiran aku ni pun msih dijajah oleh anasir2 luar. so how?

Pendapat aku selagi fikiran dan jiwa individu itu sendiri tidak merdeka, maka masih banyak yang perlu diperbetulkan jika ingin negara kekal harmoni dan aman seperti sebelumnya. Jika tidak kita akan berada dalam bayangan sendiri dan sesalan di kemudian hari.

Bertindaklah selagi masih ada waktu. Ubahlah demi diri sendiri. Tekadkanlah untuk memajukan diri. Teruskanlah berusaha. Berpijaklah pada bumi yang nyata!

Bagaimana pendapatan korg lak?

Dikesempatan ini aku mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 52! Semoga apa yang kita miliki kini terus kekal, malah aku akn terus berjuang dengan penuh semangat patriotik demi agama, bangsa dan negara. cliche x ayat aku??

No comments:

Post a Comment