Wednesday, August 12, 2009

~tolong sedar diri ok~

ari ni tgh dok termenung memikirkan nasib tetiba aku cam berfikir sendiri. betapa malunya aku dengan Tuhan. aku bukanlah alim-alim ulama. aku bukanlah orang yang pakai tudung, aurat tutup, cas baik, semayang tak tinggal, mengaji hari-hari, tajwid idgham dengung semua betul. no..no..no... aku bukan manusia yang cas diri paling baik n bagus. banyak cacat-celanya diri ini dari segi zahir, agama, ilmu, haishhh wallahua'lam... i juz wrote wut i fell. kan bingkisan cetusan rasa nih....

apa yang terlintas dalam fikiran... Tuhan itu Maha Adil. Dia memberikan setiap manusia nikmat yang tak dapat kita tafsirkan. Allah menguji kita dalam pelbagai cara. kadang-kadang, mungkin Tuhan beri kita kesenangan yang melimpah ruah, bahagia dan gembira, tapi di kemudian hari, Tuhan berikan sedikit dugaan untuk menguji keimanan hamba-Nya. Atau... Allah juga mungkin berikan kesusahan dalam pelbagai cara, untuk kurniakan kebahagiaan dan ketenangan di kemudian hari. macam Allah turunkan pelangi yang cantik, bunga-bunga yang kembang mewangi warna warni, air terjun yang mengalir deras, langit yang cerah terbentang luas, lepas hujan dan ribut petir... Subhanallah...indahnya nikman nikmat Tuhan... kesusahan dan kesenangan, tidaklah semata-mata dilihat dari konteks harta benda dan wang ringgit... apa-apa pun, Tuhan tidaklah kejam untuk membiarkan hamba-Nya terus dihambat dengan kesusahan...


cuma kita sebagai manusia, kadang-kadang tamak, atau rasa xpnah puas dgn apa yg kta dpt n apa yg kta ada. kita mahu apa yang orang lain ada. sekiranya ia digunakan sebagai motivasi memajukan diri, Alhamdulillah... janganlah dijadikan ia sebagai khianat dan hasad dengki yang memburukkan.namo..namo.. Tuhan marah. tak baik.

jadi... bila aku terasa seperti ketinggalan atau kesusahan atau kekurangan n rsa cam xheppy xbhagia, maka aku cuba ingatkan diri aku, mungkin belum masanya aku mendapat kesenangan seperti orang lain. namun, tak bermaknalah aku tak perlu berusaha. orang lain senang, atas usaha mereka sendiri. jadi, cermin balik diri, apa aku buat untuk diri sendiri. kalau setakat dok nganga tengok orang mcm tgu bulan jatuh keriba dan berharap jadi macam dia, kan tak bermakna tu... dan setiap kali berasa iri hati atas kesenangan orang [dari segi harta bendalah], cepat-cepatlah tersedar dan bersyukur, Tuhan kurniaan rezeki yang cukup untuk aku. sekurang-kurangnya, aku tak hidup merempat dan meminta belas ihsan orang. cukup makan pakai, Alhamdulillah. boleh lagi berbelanja nak berjalan-jalan dengan teman-teman. thanks mama n abah so far anakmu ini xpnah lg menyanyi kat jongker walk ke nak cri duit..(xdpt byangkan aku mnyanyi kat sana dh mcm panca sitara...ahakss).. setiap kali kita rasa tak bersyukur, berpalinglah dan lihat insan-insan yang lebih daif. kemudian, bersyukur atas setiap nikmat dan kurniaan Ilahi....

dan seringkali...kalau aku tersilap, terjatuh atau tersungkur, aku suka menuding jari, menyalahkan orang lain, melepaskan diri dengan cara mudah. macamlah diri sendiri bagus sangat. cpt2 aku fikir blik, cuba mencari salah dan kekurangan diri dahulu sebelum dengan mudah menyalahkan makhluk lain. namun sekali lagi, aku hanyalah insan biasa yang kadang-kadang tak lepas dari rasa marah yang menguasai diri. di kala itulah syaitan mudah masuk jarum dan menyuntik jiwa(wahhhh dramatik plak).... jadi, aku juga tak terlepas dari sangkaan buruk terhadap manusia lain... [i'm not perfect bebeh...]

siapa kata hidup ni tak adil? kesenangan, kebahagiaan, penderitaan... semuanya terletak pada keputusan dan tangan sendiri.....(sembang nak kencang tp memanjang dok mengomel dlm hati apsl hdup ni unfair)

wallahua'lam... aku hanya insan hina yang serba kekurangan...

renung-renungkan...dan selamat bera'mal...

coretan ini pun, hanya untuk ingatan kepada diri sendiri. tak payah la nak cakap aku cas bagus. kalau nak cakap jugak, boleh... boleh blahhhh.....

2 comments:

  1. salam aii...lepas aku dah baca aktikel ko nie mmg benarlah ape yang diperkatakan kadang2 2 terpikir plak kenape le msalah aku nie berat sgt?tp bila kita renungkan kesusahan dan masalah yang di alami org lain aku bersyukur sgt...kerna ini masalah aku xsame mcm diorang..ape2 hal pun mcmner tinggi gunung 2 kt kene daki gak sampai ke puncak...insyallah kita boleh ubah semua 2 dari yg kurang baik kepada yg lebih baik..aku pun bukannya baik sangat pun tp im very proud to be myself....ape2 pun hidup mesti diteruskan kene usaha lebih ler kalau nk berjaya....hehehehehhe

    ReplyDelete
  2. haaaa cam 2 la...
    think +ve
    juz remember anything happened 4 a reason
    when lifes gives us thousand reason 2 cry
    means that we have million reason 2 smile
    keep smiling no matter how hard it may seems 2 u

    ReplyDelete